Bahan-bahannya
4 - 5 ketul tapai ubikayu(bila dilenyek lebih kurang 1 cawan)
1 cawan gula(kurangkan sikit bergantung kepada kemanisan tapai)
2 cawan tepung beras
2 cawan air
Sepeket eno
Caranya
Blender tapai ubi, gula, tepung beras dan air.
Masukkan dalam bekas bertutup dan perap selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
Panaskan periuk pengukus dan pastikan air menggelegak.
Masukkan eno dan kacau. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Masukkan adunan sehingga hampir penuh. Kukus selama 10 - 15minit.
Keluarkan dan boleh dimakan dengan kelapa parut(kukus dahulu sekejap) bercampur dengan sedikit garam.
No comments:
Post a Comment