1/4 kilo daging lembu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit atau 1/2 inci kunyit hidup
1 biji lada hijau
Daun bawang(potong pendek)
Tomato(belah 4)
1/2 labu bawang besar
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh kicap
1/2 sudu teh cuka
Sedikit air asam jawa
Garam
Daging dipotong nipis-nipis dan ditoskan.
Bawang merah, putih, halia dan kunyit(kalau guna kunyit hidup) diblender.
Keluarkan dan dicampur dengan garam, cuka dan sedikit asam jawa dan kunyit serbuk(kalau guna kunyit serbuk)
Peraplah bersama daging tadi sekejap.
Panaskan minyak dan masuklah daging dan gorenglah sehingga masak.
Kemudian masukkan sos tomato, cili dan kicap manis ke dalam daging tadi.
Masukkan juga bawang besar yang telah dipotong bulat, tomato dan lada hijau yang telah dipotong kecil.
Sebelum diangkat masukkan daun bawang tadi.
sedap wpun simple. daging korban ari tu grg camni je...
ReplyDeletenampak sedap dan mantop ni kak yah..
ReplyDeleteAsslmkm Kak.
ReplyDeleteDaging goreng paberet sue. Lepas tu sue suka letak cili apai dlm tu..Eiii sedapnya. Dah la lapo ni. :)