translate

Thursday, 27 December 2012

Kuih Lompang Gula Merah

(Sumber dari Buku Masakan 1 Hari 1 Resepi - Chef Hanieliza..maaf ya ada sedikit perubahan dari segi sukatan)
2 cawan tepung beras
1/4 sudu teh kapur(bancuh dengan sedikit air dan ditapis)
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah

Masak air bersama gula pasir dan gula merah hingga sedikit mendidih.  Sejukkan.
Bancuh tepung dengan air gula tadi dan masukkan juga air kapur.  Tapis.  Sapu acuan dengan sedikit minyak.  Panaskan pengukus dan bila air mendidih panaskan juga acuan lompang seketika.  Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.  Bila masak keluarkan dan biarkan seketika.  Boleh dihidang dengan kelapa parut yang telah dikukus sekejap dan selepas itu digaul dengan sedikit garam.

2 comments:

  1. Lembik sangat ... perlu perbaiki resepi .

    ReplyDelete
  2. biasanya mungkin jenis tepung yang menyebabkan ianya jadi terlebih lembik..kena ubahsuai juga cecair jika kita buat kuih yang menggunakan tpg beras ni...macam kita tanak nasila ada jenis beras yang keras dan sebaliknya..

    ReplyDelete