translate

Friday, 21 December 2012

Nasi Lemak Pandan Hijau

3 cawan beras
2 1/2 cawan santan
4 helai daun pandan(blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
2 ulas bawang merah(mayang)
2 inci halia(hiris nipis)
Gula dan garam
Setitik pewarna hijau

Masak santan bersama bawang dan halia ,Masukkan juga gula, garam dan pewarna hijau.  Masak sehingga sekali mendidih(bila mendidih terus matikan api) Sejukkan
Basuh beras dan toskan dan masukkan santan yang telah dimasak tadi.  Masaklah dengan cara biasa atau dalam periuk elektrik sehingga masak..

Sambal Bilis
Secawan ikan bilis
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
1 keping gula melaka
belacan
5 sudu besar cili giling
sedikit santan
gula dan garam
3 sudu besar air asam jawa

Blender bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air.
Tumis bahan blender dengan minyak masak, kemudian masukkan cili giling dan belacan. Kacau hingga naik wangi. Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

Sambal Tumis Kerang
300gm isi kerang
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
4 sudu besar cili giling
Sedikit belacan
2 sudu kecil asam jawa
Setengah keping gula melaka
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Isi kerang dibersihkan dan ditoskan.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender dan masukkan cili giling.  Tumis biar betul-betul naik minyak, kemudian masukkan belacan.  Kacau lagi dan seterusnya masukkan gula melaka dan air asam jawa.
Masukkan isi kerang.  Kacau hingga masak dan berminyak.
Masukkan gula,dan garam.
Bila nampak sedikit berkilat bolehlah diangkat.

Nasi lemak dihidangkan juga bersama telur rebus, timun dan ikan bilis goreng garing.

1 comment:

  1. 1st time tau pasal nasi lemak pandan hijau ni..siap nasi warna hijau..ngeee

    ReplyDelete