translate

Wednesday, 29 February 2012

Mee Goreng

Setengah kilo mee kuning
4 ulas bawang putih
1 biji telur
Sekeping tauhu (dipotong kecil)
2 keping fish cake(dipotong kecil)
beberapa ekor udang
Beberapa ketul daging dipotong kecil-kecil
Beberapa batang sawi (dipotong kecil)
1 biji lada merah (dipotong kecil)
2 biji cili api (ditumbuk kasar)
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar cili giling
1 biji limau nipis
serbuk lada hitam
1 cawan air
untuk hiasan
Bawang goreng
Daun sup

Bawang putih diketuk dan cili api ditumbuk kasar.
Tumis dengan 3 atau 4 sudu besar minyak masak sehingga berbau wangi.
Masukkan cili giling dan kacau seketika.  Kemudian masukkan telur dan dikacau-kacau.
Masukkan juga daging dan udang.
Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap dan secawan  air.
Biar mendidih dan masuklah sayur, gula dan sedikit garam.
Perah limau nipis dan masuklah mee kuning kita yang telah dibasuh dan ditoskan.
Kacau biar serata dan masukkan juga lada merah dan serbuk lada hitam..  Jangan lama dan biar sadikit berair.
Tambah gula garam kalau tak cukup rasa.
Boleh dihidangkan dengan hirisan hiasan yang sesuai.

Tuesday, 28 February 2012

Kacang Pool

Setengah bungkus kacang parang..yang harga sekitar RM 2 lebih sikit tu....yang lebihnya bolehlah dimakan (yang boleh dimakan segera)..
Setengah sudu teh jintan manis
Setengah sudu teh jintan putih
4 cawan air
Gula dan garam

Blender kacang parang bersama air sehingga hancur.
Tumbuk sampai lumat jintan manis dan jintan putih.
Masak bersama kacang yang dah blender tadi sehingga masak..tapi jangan lupa masukkan gula dan garam mengikut cita rasa masing-masing.

goreng telur mata kerbau
Beberapa biji  bawang merah dimayang halus
Lada merah dihiris halus
Serbuk lada hitam
Daun salad
Tomato dipotong bulat
Timun dipotong bulat
Beberapa keping roti..nak bakar atau begitu saja..

CaRAMENGHIDANG
Telur ditabur bahagian atasnya dengan serbuk lada hitam dan juga bawang merah serta cili merah.
Letak beberapa keping roti dan sertakan bersama tomato, salad dan timun.
Bolehlah dicecah dengan kuah kacang parang tadi..

Monday, 27 February 2012

Murtabak Roti Berkeju



Inti kentang
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
2 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan rempah kasar, dun kari dan lada giling.
3.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.


Sos Putih
2 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air (kalau nak guna susu cair pun okey)
Sedikit garam dan serbuk lada sulah


Panaskan mentega dan kemudian masukkan tepung gandom.
Bila nampak sebati masukkan air dan kacau sampai mendidih.
Tambah gula, garam dan lada sulah.
Masak biar sampai pekat.(kalau terlebih pekat tambah sedikit lagi air)


Sebungfkus roti keping
2 biji telur
1/2 cawan susu cair
keju ceddar parut


Sapu margerin pada acuan pembakar.
Alas permukaan bawahnya dengan kepingan roti (susun supaya tidak nampak dasarnya)
Curahkan permukaaan roti tersebut dengan telur yang telah bercampur susu cair dan dipukul dengan garfu.
Masukkan inti kentang pada lapisan pertama tersebut dan curah sedikit campuran telur tadi pada atasnya.
Susun balik roti lain seperti lapisan bawah tadi dan curah sedikit campuran telur dan ratakan dengan inti kentang dan curah sedikit campuran telur tadi.
Buat selapis lagi dan kalukan proses yang sama.
Yang terakhir susun roti dan curahkan dengan sos putih dan tabur dengan parutan ceddar di atasnya.  Bakar dengan suhu 190C selama 40 minit atau murtabak roti kita sudah masak.


Sunday, 26 February 2012

Murtabak Maggi


Bahan-bahannya
3 keping maggi
100gm daging dan dikisar (tak kisah banyak mana pun)
Selabu bawang besar
Beberapa tangkai daun sup
2 biji cili merah
sedikit jintan manis
Sedikit jintan putih
2 sudu besar serbuk kari daging
Sedikit garam
5 biji telur..nak guna telur lebih pun tak kisah

Caranya..
Maggi direndam atau kalau nak cepat dicelur.
Bawang besar dipotong dadu, daun sup dicincang , jintan manis dan putih ditumbuk dan cili merah dipotong dan dicincang.
Gaul bersama daging kisar,bawang, jintan manis dan putih, cili merah dan daun sup.
telur dipukul dengan garfu dan dimasukkan dalam bahan di atas tadi, masukkan juga serbuk kari dan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan maggi yang telah ditos..gaul biar serata.
Panas kuali rata dengan sedikmit minyak dan masukkan bahan di atas dan bentukkan mengikut kesukaan (empat persegi atau bulat)
Biar masak dan balik.
Boleh dimakan dengan sos atau kuah cuka.

Saturday, 25 February 2012

Roti Sardin Gulung


Bahan-bahannya
16 keping roti
4 ketul ikan sardin
1 biji limau nipis
Setengah labu bawang besar
1 biji cili merah
Sedikit garam
2 biji telur
Serbuk roti (4 keping roti dibakar dan diblender)

Inti Sardin
Sardin dilenyek hingga sedikit hancur, kemudian masukkan bawang besar yang tel;ah dipotong dadu, cili merah dihiris nipis dan masukkan air limau nipis dan sedikit garam.

Roti di gelek sehingga nipis.
Masukkan inti sardin dan digulung dengan kemas dan bahagian tepinya disapu dengan telur yang telah dipukul dengan garfu.
Setelah selesai menggulung kesemua roti, celup roti dengan lebihan telur tadi dan digolek pada serbuk riti dan digoreng dengan minyak panas sehingga kekuningan dan rangup.
(untuk bekalan anak pada waktu pagi...roti yang siap digulung disimpan dalam peti sejuk dan lakukan proses mencelup telur dan menggolek serbuk roti pada waktu pagi untuk memastikan roti kekal rangup masa dimakan)

Friday, 24 February 2012

Kek Sarang Semut


Terima kasih pada pemberi resepi ini yang kak ambil dalam FB ...mintak maaf kerana kak kongsi dengan semua orang...
Bahan-bahannya
A
1 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar margerin

B
4 biji telur
1 sudu teh beking powder
1 sudu teh soda bikabonat
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat

Caranya
Masak gula hingga hangus dan keperangan.  Kemudian masukkan air dan margerin.  Kacau sehingga cair dan sebati kesemuanya.
Putar telur hingga kembang kemudian masukkan susu pekat dan putar lagi seketika.
Tepung gandum bersama beking powder dan soda bikabonat diayak bersama.
Masukkan ke dalam adunan telur dan putar hingga sebati.
Masukkan bahan A  ke dalam bahan B dan biar sebati
Simpan dalam bekas yang telah disapu margerin (bekas bakas kek kita) selama 4 jam.
Bakar selama 45 minit dengan suhu 180 C
(pastikan semasa memutar dengan mixer kita putar satu hala sahaja)

Thursday, 23 February 2012

Mee Kari





Suku ekor ayam saiz kecil (dipotong kecil-kecil)
10 - 15 ekor udang
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar udang kering
3 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cawan santan (1 1/2 cawan santan pekat dan selebihnya dicampur air)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan garam

Ayam dan udang dibersihkan dan ditoskan.
Bawang merah, putih, halia dan udang kering diblender
Panaskan minyak dan tumiskan bahan blender.  Bila naik minyak masukkan cili giling dan kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
Sselepas itu masukkan daun kari dan serbuk kari (tambah sikit air) kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, air asam jawa dan diikuti ayam tadi.
Biarkan sekali mendidih, masukkan udang basah.
Masukkan gula dan garam dan biarlah mendidih hingga betul-betul masak (naik minyak dan lapisan atas gulai kari kemerahan)

Pelengkap
Telur rebus
Bebola ikan (digoreng)
Fish cake (digoreng)
Kentang rebus
Sawi dan taugeh(dicelur)
Lada merah
Tomato (dibelah 4 dan direndam dalam air panas)
Daun sup
Bawang goreng
Tauhu (digoreng)

Bila nak makan rendam sekejap mee kuning dengan air panas dan ditoskan.

Wednesday, 22 February 2012

Pizza Daging




250 gm tepung roti
140ml air suam

1 1/2 sk mauripan

1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
topping(apa-apa pun yang bersesuaian)
1.Masukkan semua bahan dankalu guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan uli  hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 40 minit.  Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin.  Biarkan seketika selama 40 minit.
5. Sebelum disapu topping cucuk-cucuk dahulu permukaan pizza dengan garfu bagi mengelak pizza ketika bakar mengelembung.
6. Bakar pizza yang telah siap topping selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C.

Bahan untuk topping
Daging dikisar (tak kisah banyak mana pun)
2 ulas bawang putih
Setengah labu bawang besar
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh oregano
Sedikit garam
Tumis sedikit minyak dan masukkanlah bawang putih(dihiris nipis) biarkan sedikit garing kemudian masukkan daging diikuti sos cili, origano,bawang besar yang telah dipotong dadu dan seterusnya garam. Pastikan tidak berair.

Lain-lain bahan
6 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu teh oregano
Selabu bawang besar(dipotong dadu)
Potongan nanas dalam tin (dibelah kecil)
Lada benggala(dipotong dadu - besar)
Cendawan butang(dibelah nipis)
3 batang sosej(direbus dan dipotong nipis-nipis)
120 gm mozarella
Cara nak topping
1.Sapu campuran soscili, tomato dan oregano pada permukaan pizza (nak topping sebelum bakar pizza atau nak bakar dulu kulit pizza baru nak topping dan bakar sekali lagi - ikut suka hati)
2 kemudian tabur bahan tumis tadi(daging dan kawan-kawannya)
3. Tabur sosej , diikuti bawang, nanas, cendawan dan akhir sekali mozarella parut.

Tuesday, 21 February 2012

Ayam Lemon

Beberapa ketul ayam
2 sudu teh kicap manis (jangan terlebih nanti jadi spt kak terlebih bubuh kicap, ayam bila goreng jadi sedikit gelap...huhuhuhu)
Sedikit garam
Ayam yang telah dibersihkan diperap dengan kicap dan sedikit garam dan dibiarkan setengah jam.

4 sudu besar tepung jagung
Sebiji telur
Sedikit lada sulah
 Pukul telur bersama tepung jagung dan kemudian masukkan lada sulah dan sedikit garam
Masukkan ayam tadi dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.

Sos Lemon
2 sudu besar jus lemon
2 sudu besar gula
250ml air rebusan ayam
1 sudu besar tepung jagung
2 keping hirisan buah lemon
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam

Kacau tepung jagung dengan air rebusan ayam supaya tidak berketul.
Masukkan semua bahan lain
Panaskan periuk dengan sedikit minyak dan masukkan dankacau bahan tadi di atas api yang perlahan.
Masaklah sehingga nampak berkilat dan sedikit pekat.

Curahkan sos lemon ke atas ayam apabila kita nak makan.


Yee Mee Goreng

2 keping yee mee
4 ulas bawang putih
3 keping cendawan putih
beberapa potongan kecil ayam
2 ekor sotong
Sebiji telur
2 batang sawi
5 biji fish ball saiz besar
Potongan carrot
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub stok ayam
1 sudu tepung jagung
Gula dan garam(kalau perlu)

1. Yee mee dicelur hingga lembut dan masak.
2.Bawang putih keketuk, sotong dipotong bulat-bulat dan cendawan dicarik-carik serta belola ikan dibelah dua.
3. Tumis bawang putih.  Apabila naik bau masukkan telur dan kacau hingga telur masak.
4. Masukkan ayam, sotong dan bebola ikan.
5. Masukkan sos tiram, cili, tomato dan kicap.
6. Masukkan sayur-sayur dan cendawan serta kiub pati ayam.
7 .Masukkan yee mee  dan air tepung jagungdan rasalah masin dan manisnya.
8. Masukkan juga sedikit lada sulah (setelah masuk Yee Mee bolehlah diangkat - jangan terlalu lama sebab yee mee sudah masak)

Sunday, 19 February 2012

Ikan Ketuka Tandori



2 ekor ikan ketuka
3 sudu besar pes tandori
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar madu
Asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan

Ikan dibersihkan dan di clumur dengan asam jawa dan dibersihkan sekali lagi
Perap dengan pes atau rempah tandori dan masukkan juga madu dan minyak masak. (kalau guna rempah kena masukkan juga campuran bawang merah, putih dan sedikit halia yang semuanya telah dikisar)
Biarkan setengah jam dan bakarlah ikut cara masing-masing.
Boleh dicecah dengan sambal kicap.

Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api

Ayam Kurma

Setengah ekor ayam
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
1 biji bawang besar
3 cawan santan
2 biji ubi kentang
2 biji lada hijau
3 sudu besar serbuk kari kurma
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buat pelaga
setengah helai daun pandan(kalu nak bubuh)
2 keping asam gelugiur
Gula dan garam
Minyak masak

Ayam dicuci dan dibersihkan dengan cuka untuk menghilangkan bau dan bersihkan sekali lagi.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender.  Apabila naik minyak masukkan rempah kasar dan juga serbuk kari kurma.  Tambah air untuk tidak hangit.
Bila nampak naik minyak masukkan santan dan juga ayam..
masukkan juga asam keping dan juga kentang yang telah dikupas dan dibelah dua.
Biar sampai mendidih.  Bila mendidih masukkan gula dan garam dan juga lada hijau tadi(kalu mahu masukkan daun pandan bolehlah masuk pada ketika ini)
Biar mendidih dan nampak sedikit pekat.  Masukkan bawang yang telah dipotong bulat.
Rasalah manis masinnya dan bila betul-betul masak bolehlah diangkat.

Friday, 17 February 2012

Kare Pan



Kare Pan(terima kasih pada Ros Jintan Manis dan doa kak,... ros dilindungi Allah walau di mana berada)
300gm tepung roti
100gm tepung gandum
3 sudu besar shortening
1 biji telur
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
160ml susu air suam
2 sudu kecil mauripan

1. masuk semua bahan tersebut dan kalau guna BM ikut mengikut aturan BM(bread Maker).
2. Kalau guna BM tekan On untuk bread dough dan bila sudah siap boleh ke aturan 4.
3. Kaedah tangan. Uli semua bahan tersebut hingga tak lekat ditangan(masa menguli tak sampai pun 5 minit).  Selepas itu masukkan ke dalam plastik adunan tersebut dan digolek-golek atas permukaan meja contohnya sehingga lebih kurang 5 minit atau adunan nampak elastik. Keluarkan adunan dan uli semula.  Simpan adunan dalam bekas tertutup atau kain sedikit lembab selama 40 minit(kalau boleh letak tempat yang terkena cahaya matahari).  Biarkan naik 2 kali ganda dari saiz asal.
4.Keluarkan adunan dan ditumbuk-tumbuk adunan yang kembang tadi dan diuli biar jadi bulat semula
5. Bahagikan adunan kepada bahagian-bahagian yang kecil dan biarkan selama 20 minit.
6. Masukkan inti kentang dan bulatkan kemas-kemas supaya inti terpelihara di dalamnya.
7.Pukul telur dengan garfu dan celup kare pan dan kemudian golek-golekkan ke atas serbuk roti dan letakkan di atas dulang yang dialas dengan kertas minyak.  Biarkan selama 40 minit lagi.
8. Goreng kare pan sehingga kekuningan dan toskan.

Inti Kentang
5 biji kentang (dipotong dadu)
100gm daging dan dikisar
5 ulas bawang merah(diblender)
2 ulas bawang putih(diblender)
Sedikit halia(diblender)
3 sudu besar rempah kari daging
2 tangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 sudu besar cili giling
Sebiji bawang besar (dipotong dadu)
1 sudu besar asam jawa
Gula dan Garam

1. Panaskan sedikit sahaja minyak.
2.Tumis bahan blender
3. Masukkan rempah kasar, dun kari dan lada giling.
3.Masukkan rempah kari. dan daging kisar.
Masukkan sedikit air dan masukkan kentang.
4.Tambah lagi air dan biar kentang empuk.
Masukkan air asan jawa, bawang besar, gula dan garam.
Biar sampai masak dan sedikit kering.

Serbuk Roti
5 keping roti dibakar dan diblender


                                             Tunggu mengembang barulah boleh digoreng

Thursday, 16 February 2012

Tart Telur






Bahan Pastri
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula kastor
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila
caranya
Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga kembang.
Masukkan tepung gandum dan adun supaya menjadi doh yang sebati.  Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart dan lebihan adunan yang terkeluar melebihi bekas acuan tart dibuang dengan diratakan  menggunakan belakang pisau.  Bakar selama 20 minit dengan meletakan kulit tart ditempat paling bawah sekali dalam oven.
(tips untuk menanggalkan kulit tart..guna lidi pencungkil gigi jenis yang tajam dan keras  untuk mengeluarkan kulit tart dari acuannya)

Inti Telur
6 biji telur
480ml air
160 gula pasir
80ml susu cair
1 sudu teh esen vanila
caranya
Campurkan semua bahan di atas (telur sebelum dicampurkan pukul ia dahulu dengan garfu).  Masak di atas api yang kecil dan apabila pekat bolehlah diangkat dan dbiarkan sejuk.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 20 minit dengan suhu 180C(mengikut jenis oven) dan inti telur ketika dikeluarkan dari oven kelihatan masih cair tetapi akan beku apabila mulai sejuk.

Wednesday, 15 February 2012

Kek Ciffon Kasted Keremel





A- 50 gm gula dibuat gula hangus (menggunakan bekas untuk kek  - goreng gula hingga hangus dan diangkat)
3 biji kuning telur
40gm gula pasir
1 cawan susu cair
1 sudu besar kastad

Bahan di atas kecuali gula hangus dicampurkan kesemuanya dan dikacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas gula hangus tadi dan bakar ia dengan cara steam bake (guna satu bekas yang berisi sedikit air dan loyang kek direndam di dalamnya dan masukkan dalam ketuhar)
Bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.

B - 2 biji kuning telur
100 gm tepung naik sendiri
40 gm gula pasir
35 gm minyak jagung
95 gm air
1 sudu teh vanilla

C - 5 biji putih telur(pastikan semasa mengasingkan telur jangan sekali-kali tercampur sedikit kuning telur ke dalam putih telur)
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan B - digaul sebati.

Bahan C - dipukul dengan kelajuan tinggi sehingga pekat.

Campur bahan C ke dalam bahan B (Ingat proses ini dilakukan apabila kita lihat masa kat ketuhar kita hampir tamat  20 minit tadi)

Bila masak keremel, keluarkan dan masuklah adunan kek tadi (kalau nak buat berwarna warni bubuhlah warna mengikut kesukaan dan masukkan berselang seli..
Bakar dengan cara sama seperti tadi (steam Bake) selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari ketuhar dan biarkan seketika sebelum ditelangkupkan atau dibalikkan.

Cara membuatnya boleh rujuk
http://dapurkakyah.blogspot.com/2013/01/kek-ciffon-kastad-keremelstep-by-step.html

Tuesday, 14 February 2012

Kari Kepala Ikan Merah


Seketul kepala ikan merah dibersihkan dengan asam jawa.
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1 sudu teh halba campur
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu teh cili giling
Setangkai daun kari
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji cili hijau
1 sudu besar asam jawa
3 cawan santan
Minyak untuk menumis

Kepala ikan merah dibersihkan dengan asam jawa dan dibersihkan dengan air biasa selepas itu.
Bawang merah, putih dan halia diblender.
Tumis bahan blender dan bila naik bau masukkan daun kari dan rempah kasar.
Selepas itu masukkan halba campur.  Kacau seketika.
Masukkan rempah kari(serbuk) dan cili giling (kalau perlu masukkan sedikit air)
Bila nampak naik minyak masukkan santan.
Masuklah selepas itu kepala ikan merah dan cili hijau.
Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam.
Biar mendidih dan naik minyak (lebih sedap kalau kita masak ia lebih lama dan kuahnya nampak pekat dan berminyak)

Puff Sardin

Sebungkus pastri paf
Kuning telur  - dipukul dengan garfu
sedikit air sejuk

Inti
Sebiji bawang besar
Sardin (2 ketul yang besar)
1 sudu besar cili giling
1 sudu teh serbuk kari
2 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
sedikit minyak masak
Gula dan garam
1 biji limau nipis

Caranya
bawang putih dihiris nipis dan bawang besar dipotong dadu.
Ikan sardin dilenyek .
Daun bawang dipotong kecil.
Tumis bawang putih dan kemudian masukkan bawang besar dan juga cili giling.  Biar sampai naik bau.
Masukkan rempah kari dan apabila naik bau masukkan sardin.
Masukkan juga daun bawang tadi.
Masukkan air limau nipis dan juga gula dan garam.
Bila masak sejukkan seketika.

Kalau pastri paf dah memang kecil masukkan inti sardin dan sapu tepinya dengan air sejuk.
Tutup dengan melipat pastri tersebut dan klim tepinya dengan hujung garfu.
Sapu atasnya dengan kuning telur dan toreh sedikit bahagian tepinya dengan hujung pisau.
Alas dulang pembakar dan bakarlah dia selama 35 minit dengan api suhu 180 C

Monday, 13 February 2012

Percik Ikan Bawal

Seekor ikan bawal
secawan santan pekat
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sebatang serai
Sekeping asam keping
2 sudu teh tepung beras
kunyit serbuk
Air Asam jawa
sedikit cuka
Gula dan garam

Bawal yang telah dibersihkan dilumur dengan air asam jawa dan dibersihkan sekali lagi
Lumur dengan sedikit kunyit dan garam serta beberapa titik cuka.
Perap sekejap.
Bawang merah, putih dan halia ditumbuk atau diblender.
Bahan blender dimasukkan ke dalam santan dan dimasak atas api.
Masukkan juga asal keping dan tepung beras yang telah dicampur dengfan sedikit air.
Masukkan juga gula dan garam.
Kacau sampai pekat
Ikan dibakar atau dimasak di atas kuali tanpa minyak(letaklah sedikit minyak)
Apabila sedikit masak sapukan sedik kuah atas ikan tersebut dan lakukan dikedua-dua belah.
Biarkan sampai masak dan diangkat dan bolehlah dicurahkan kesemua kuah tersebut pada ikan percik kita itu

Friday, 10 February 2012

Sambal Tumis Sotong Air

Seekor sotong air sederhana besar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Setengah labu bawang besar
4 sudu besar cili giling
Sedikit belacan
2 sudu kecil asam jawa
4 sudu besar santan pekat
Setengah keping gula melaka
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Sotong air dipotong kecil-kecil dan dibasuh dan ditoskan.
bawang merah, putih dan halia diblender.
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender dan masukkan cili giling.  Tumis biar betul-betul naik minyak, kemudian masukkan belacan.  Kacau lagi dan seterusnya masukkan gula melaka dean air asam jawa.
Masukkan sotong air dan juga santan (tak masukkan pun tak apa)  Biarkan hampir kering.
Masukkan gula, garam dan bawang besar yang telah dipotong nipis.
Bila nampak sedikit berkilat bolehlah diangkat.


Thursday, 9 February 2012

Puteri Ayu

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1/2 cawan air diblender dengan 2 helai daun pandan
3/4 cawan gula
1 sudu teh ovellette
2 sudu kecil beking powder
2 biji telur
Pewarna hijau
Kelapa parut putih dicampur sedikit garam dan juga sedikit tepung jagung
Sedikit minyak

Putar telur, gula dan ovellete hingga kembang dan pekat.
Ayak tepung dbersama dengan beking powder.
Masukkan kedalam adunan telur tadi.  Putar sebati.
Masukkan juga campuran santan dan air daun pandan dan pewarna hijau.  Putarr hingga sebati.
Acuan disapu sedikit minyak dan masukkan sedikit kelapa parut tadi dibahagian bawah acuan(tekan sikit). Kemudian masukkan adunan tersebut dan kukuslah dengan api yang kuat selama 10 minit.

Wednesday, 8 February 2012

Ikan Bakar Sumbat

Seekor ikan cencaru
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Setengah inci kunyit
1/2 sudu teh cuka
Sedikit asam jawa
Garam
Sedikit minyak masak (1/2 sudu besar)

Ikan dibersihkan dan dicuci dengan asam jawa dan dibelah belakangnya.
tumbuk atau blender bawang merah, putih, halia dan kunyit.
Keluarkan dan dicampur dengan cuka, sedikit air asam jawa dan garam.serta minyak masak.
Sumbatkan kepada ikan tersebut dan lebihannya lumurlah pada ikan itu.
Perap sekejap dan balut dengan daun pisang dan dibakar ikut cara masing-masing (kalau kak cuma letak pada kuali  biasa aja)

Tuesday, 7 February 2012

Kerabu Jantung Bersama Perut Lembu





Sebiji jantung pisang
3 ekor ikan selayang sederhana besar
3 keping asam keping
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 sudu teh lada hitam
2 sudu besar kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak
Sedikit perut lembu yang dah siap direbus hingga empuk (kalau tak masukkan pun tidak mengapa)
2 atau tiga sudu besar santan
1 sudu teh cuka
2 biji limau nipis(kalau jenis yang banyak air kalau tidak mesti lebihlaa)
Gula dan garam

Ikan direbus dengan sedikit air dan asam keping sereta  garam sehingga masak. Biarkan sejuk.
Jantung pisang dipotong nipis-nipis dan direbus dengan air sehingga empuk(masa rebus kak letakkan sekeping asam keping).  Pastikan betul-betul empuk jantung pisang tersebut.
Bila sudah boleh diangkat toskan dengan air sejuk(supaya cepat sejuk)dan bolehlah dikempal-kempal jantung tersebut supaya keluar airnya.
Ikan rebus dibuang tulangnya dan diramas-ramas supaya hancur keseluruhan isi ikannya.
Tumbuk lada hitam, kemudian masukkan bawang merah, putih dan halia.  Biarkan sampai lumat.
Masukkan gula(1 sudu besar) dan ditumbuk lagi.
Gaulkan bersama jantung pisang, perut lembu yang telah dipotong nipis, isi ikan dan kelapa goreng tadi.
Masukkan cuka dan air limau nipis.  Gaul biar sebati.
Masukkan santan kelapa (santan kotak pun selalu kak guna) dan rasalah kesedapannya kalau tak cukup garam tambahlah ia begitu juga dengan gula.
Untuk menambah rasa masukkan cili api dan juga bawang besar yang telah dipotong nipis dan diramas-ramas.

Monday, 6 February 2012

Daging Goreng

1/4 kilo daging lembu (keluarga kak cuma 4 orang termasuk kak jadi tak perlulah masak banyak2)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh serbuk kunyit atau 1/2 inci kunyit hidup
1 biji lada merah
1/2 labu bawang besar
1 sudu teh sos tomato
1 sudu teh sos cili
1 sudu teh kicap
1/2 sudu teh cuka
Sedikit air asam jawa
Garam

Daging dipotong nipis-nipis dan ditoskan.
Bawang merah, putih, halia dan kunyit(kalau guna kunyit hidup) diblender.
Keluarkan dan dicampur dengan garam, cuka dan sedikit asam jawa dan kunyit serbuk(kalau guna kunyit serbuk)
Peraplah bersama daging tadi sekejap.
Panaskan minyak dan masuklah daging dan gorenglah sehingga masak.
Kemudian masukkan sos tomato, cili dan kicap manis ke dalam daging tadi.
Masukkan juga bawang besar yang telah dipotong bulat dan lada merah yang telah dipotong kecil.
Siap untuk dimasukkan dalam pinggan.

Sunday, 5 February 2012

Nasi Goreng Pattaya








4 mangkuk nasi dingin
5 ulas bawang putih
3 biji cili api
2 sudu besar sayur campur
3 sudu besar sos tiram
Daun sup
lada sulah
2 sudu besar bawang goreng
5 biji telur(bersihkan dahulu kulitnya dengan air)
Beberapa ekor udang yang telah dibuang kulitnya
Beberapa ekor sotong dipotong bulat-bulat
Gula dan garam
Lada hitam

Ketuk bawang putih dan cili api dipotong kecil
Panaskan minyak dan tumislah bahan di atas tadi.
Apabila bawang sudah kekuningan, angkat/ketepikan sedikit bahan goreng tadi dan masukkan sebiji telur dan kacau.
Apabila telur agak masak, gaulkan kesemua bahan dan kuali tadi, biar bercampur dan kemudian masukkan udang dan sotong serta lada sulah.  Kacau seketika.
Masukkan sos tiram, gula dan garam.
Masukkan nasi dan gaul biar sebati.
Masukkan bawang goreng dan daun sup.
Rasalah kesedapan ikut cita rasa masing-masing dan tambah apa yang perlu(kalau dah masuk nasi gula tidak lagi boleh dimasukkan cuma masukkan ajinomoto atau lada sulah)
Angkat dan ketepikan.

4 biji telur dipukul dengan garfu dan ditambah dengan sedikit garam, bawang goreng(sedikit sahaja) dan air limau nipis serta lada hitam(yang sudah ditumbuk)
Masukkan dalam kuali dalam kuantiti 1/5 daripada telur tersebut.  Golek-golekkan kuali biar nipis serata dan masuklah nasi goreng dan letak ditengah-tengahnya..  Bila nampak masak lipatlah lebihan telur tersebut (biar kemas dan rapi)
ambil pinggan dan terbalikkan kuali ke dalam pinggan kita.(yang bawah telur dah jadi kat atas dalam pinggan kita)

Saturday, 4 February 2012

Bihun Goreng


Setengah bungkus bihun
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili api
2 sudu sos tiram
beberapa ekor udang
Beberapa ekor sotong
Sebiji telur
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit sayur sawi
Sedikit cuka
Lada sulah
Gula dan sedikit garam
Minyak dan air

Behun direndam dan biarkan ia lembut sebelum boleh digoreng.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk tadi bersama cili api yang telah dipotong kecil.
Masukkan sedikit (dua tiga titik aja) cuka.  Biarkan naik bau.
Pecahkan telur dan kacau(masa ni ketepikan sedikit bawang yang ditumis tadi sebab kita tak mahu ia bercampur dengan telur tersebut)  apabila telur nampak berketul-ketul masaknya kacau sekali dengan bawang tadi,
Masukkan udang dan sotong  dan masukkan juga lada sulah.  Kacau biar sehingga hampir masak.
Masukkan sos tiram dan gula dan garam dan juga air
Masukkan sayur dan juga bihun.
Kacaulah sehingga bihun masak dan airnya sudah kering
Kacau  dan masukkan juga bawang goreng.
Biarkan semuanya sebati dan bolehlah diangkat.


Friday, 3 February 2012

Kari Tulang Ikan Masin

Cara-caranya
15 ketul tulang ikan talang(ada dijual kat pasaraya..kalau tiada ikan talang ikan kurau pun okey)
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sebatang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaaga
2 tangkai daun kari
2 sudu teh halba campur
3 sudu besar serbuk kari Babas
1 sudu besar cili giling
3 sudu besar minyak masak
2 cawan santan pekat dan dicampur air jadi 4 cawan kesemuanya
2 biji lada besar
Sebiji tomato
Beberapa biji bendir
Sebiji ubi kentang
Asam jawa sebesar ibu jari kaki
Gula

Basuh ikan masin dan rebus dengan sedikit air hingga mendidih.  Kemudian buang airnya dan ketepikan.
Bawang merah, putih dan halia diblender dengan sedikit air.
Panaskan periuk dan masukkan minyak masak'
Bila panas, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan juga daun kari.
Masukkan bahan blender dan kacau-kacau sehingga naik minyak.
Masukkan cili giling.  Biarkan seketika sambil sikacau-kacau.
Masukkan halba campur.
Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air (untuk tidak berkerak)
Kacau-kacau hingga naik minyak dan nampak berkilat.
Masukkan santan dan ubi kentang yang telah dibelah dua.
Masukkan ikan masin yang telah direbus tadi.Kacau perlahan-lahan.
Masukkan air asam jawa dan gula(garam jangan dibubuh lagi..takut-takut ikan tu dah masin)
Masukkan lada besar tadi.  Kacau perlahan-lahan biar sampai mendidih
Masukkan buah tomato.
Rasalah dan tambah gula dan kalau perlu garam ikut kesukaan masing-masing
Biar mendidih sampai naik minyak dan nampak lapisan merah berminyak di atasnya.

Thursday, 2 February 2012

Bihun Sup Perut

Bahan-bahannya
Setengah kilo perut
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
Gula dan garam
Hiasan:
Daun sup
Cili merah
telur rebus
Taugeh yang dicelur
Timun batang
Limau nipis
Bawang goreng
Kicap pedas

Cara-caranya
Bersihkan perut dan rebus bersama air sampai sekali mendidih.  Angkat dan buang airnya.
Masukkan air yang lain dan rebuslah bersama bawang putih, halia dan serai yang semuanya telah diketuk.
Masukkan juga gula dan garam.
Rebus sehingga betul-betul empuk.(kalau nak guna periuk tekanan lagi cepat)
Bila empuk, keluarkan perut dan biarkan sejuk. kemudian dihiris kecil-kecil.
Panaskan semula air perut tadi dan rasalah manis masimnya.

Setengah bungkus bihun dicelur dengan air yang telah ditambah dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga bihun lembut.

Sambal kicap
Sambal Kicap
Secawan kicap manis
4 sudu besar gula
3 ulas bawang merah
Seulas bawang putih
3 sudu besar bawang goreng
2 bili limau nipis
7 biji cili api
(Sambal kicap ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan boleh bimakan selain behun sup sesuai juga dengan laksa penang, mee kari, cecah dengan ikan bakar atau apa-apa menu yang sesuai. 

Wednesday, 1 February 2012

Apam Tepung Beras

Bahan-bahannya
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
Sepeket Eno

Cara-caranya
Nasi diblender bersama air hingga hancur.
Kemudian masukkangula, tepung beras dan yis, diblender lagi sampai sebati.
Keluarkan dan simpan dalam bekas bertutup.
Simpan semalaman.
Keesokkannya kacau semula adunan tersebut sehingga sebati dan masukkan Eno.
Bahagikan adunan kepada beberapa bekas dan bolehlah dimasukkan pewarna mengikut kesukaan.
Panaskan pengukus.  Buka api kuat.
Apabila air betul-betul menggelegak(mendidih) kukuslah apam menggunakan acuan lompang.
Kukus selama 7 minit.
Keluarkan dari bekas dan boleh dimakan bersama kelapa parut.