translate

Saturday 4 February 2012

Bihun Goreng


Setengah bungkus bihun
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili api
2 sudu sos tiram
beberapa ekor udang
Beberapa ekor sotong
Sebiji telur
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit sayur sawi
Sedikit cuka
Lada sulah
Gula dan sedikit garam
Minyak dan air

Behun direndam dan biarkan ia lembut sebelum boleh digoreng.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk tadi bersama cili api yang telah dipotong kecil.
Masukkan sedikit (dua tiga titik aja) cuka.  Biarkan naik bau.
Pecahkan telur dan kacau(masa ni ketepikan sedikit bawang yang ditumis tadi sebab kita tak mahu ia bercampur dengan telur tersebut)  apabila telur nampak berketul-ketul masaknya kacau sekali dengan bawang tadi,
Masukkan udang dan sotong  dan masukkan juga lada sulah.  Kacau biar sehingga hampir masak.
Masukkan sos tiram dan gula dan garam dan juga air
Masukkan sayur dan juga bihun.
Kacaulah sehingga bihun masak dan airnya sudah kering
Kacau  dan masukkan juga bawang goreng.
Biarkan semuanya sebati dan bolehlah diangkat.


2 comments:

  1. Sekali sekala makan bihun goreng putih ini sedap juga. Tak pedas dan sesuai dengan kanak-kanak. Teruja dengan rencah sotong dan udang tu...

    ReplyDelete
  2. memang anak suka makan yang warnanya putih tak kira bihun atau nasi goreng..mereka lebih berselera bila memakannya

    ReplyDelete