1 1/2 cawan tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking powder
1 cawan margerin
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 sudu besar mentega atau boleh ganti dengan susu tepung campur sikit air
1 sudu teh vanila
Sebiji limau sunkist kulitnya diparut dan ambil juga air buahnya.
Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang kemudian masukkan telur, pukul lagi hingga kembang.
Masukkan parutan kulit limau, esen vanila dan air limau. Kacau.
Masukkan pula tepung kek yang telah diayak dengan baking powder. Kacau lagi.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas minyak.
Panaskan oven dan bakar kek selama 50 minit dengan suhu 180C. Mula-mula guna api bawah selama 25 minit dan yang selebihnya guna api atas dan bawah sehingga masak.
Salam sis, tumpang nengok resepi.....mcm best je kek nie...
ReplyDeleteterima kasih..memang sedap juga kek oren ni...
ReplyDeletesis salam kenal..kek nie amat mudah nak buatkan..sy pun pernah cuba..:)
ReplyDeleteAs'kum Kak Yah okay nant sha cuba yaa.. bila ada kelapangan.. masuk dalam list..:)) tq kak muahzz
ReplyDelete