translate

Saturday, 31 March 2012

Kek keladi




2 cawan tepung vanila sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.
bakar kek (bahagikan kepada 4 kali bakar) selama 15 minit dengan suhu 180C

Inti Keladi
4 ketul keladi (300gm)..yang telah direbus
2 1/2 cawan santan
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
8 sudu besar gula
2 biji telur merah
Sedikit garam
Pewarna keladi

Kesemua bahan diblender dan dikacau atas api yang perlahan sehingga pekat dan mendidih.

Setiap lapis kek dicurah dengan keladi dan disusun satu persatu dan bahagian paling atas ditabur juga dengan kelapa kering.

Thursday, 29 March 2012

Kuih Lompat Tikam


Bahagian Hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 helai daun pandan diblender dengan sedikit air dan masukkan sedikit pewarna hijau
3 cawan santan cair
Sedikit garam
1/2 sudu teh kapur makanan(jangan terlebih nanti rasa kapurnya dan jangan masukkan terus kapur tapi campur dengan sedikit air dan ambil air kapur tersebut..kalau tak guna semuanya pun okey)

Tapis daun pandan yang diblender tadi.
Satukan semua bahan tersebut.
Kacau adunan sehingga pekat dan berkilat.
(Guna api yang perlahan ye)
Masukkan dalam bekas yang sesuai dan sejukkan

Bahagian Putih
3 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
 Campurkan semua bahan dan dikacau di api yang kecil sehingga sedikit pekat.

Air gula merah
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Masak kesemuanya di api api sehingga hancur dan mendidih.

Pulut
2 cawan beras pulut
Pewarna merah
Air sebanyak menutupi sedikit paras beras pulut.

Tanak pulut sehingga masak.
Kalau kukus buat seperti mengukus pulut spt biasa.



Kek Brownies Berlapis Keju

200gm coklat masakan
180gm mentega
150gm gula kastor
4 biji telur
140gm tepung gandum
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanila

Bahan keju
250gm krim keju
50gm gula kastor
2 biji telur

Caranya
Satukan coklat dan mentega dan dipanaskan atas api yang perlahan.  Pastikan cair keseluruhannya dan sejukkan
Putar telur dan gula hingga kembang selama 5 minit.
Satukan kesemua bahan kek dan digaul sebati.

Bagi adunan keju
putar krim keju bersama gula kastor sehingga kembang dan gebu.  Masukkan telur dan putar lagi sehingga sebati.
sediakan tin pembakar dan sapu tin dengan margeri dan alas dengan kertas minyak.
masukkan adunan kek brownies dan selepas itu masukkan aduinan keju di atasnya.
Kalau nak buat jadi corak marble pun boleh.(lorek-lorekkan)
Panaskan ketuhar dan bakar kek kita selama 1 jam dengan suhu 180C.

Wednesday, 28 March 2012

Sayur Goreng Campur bersama Sotong


5 ekor sotong
4 ulas bawang putih
Bunga Kobis
Taugeh berdaun
1 biji cili merah atau cili hijau
Kacang buncis
1/2 labu bawang besar
Tomato
Carrot
Kunyit atau serbuk kunyit
1/2 sudu teh cuka
Garam dan bahan perasa
Lada sulah

Caranya
Sotong dipotong bulat-bulat.dan dibelah 4  atasnya(jangan putus)  Bersihkan.
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan sedikit kunyit dan dicampur dengan sedikit garam dan cuka.
Lumurkan pada  sotong kita tadi.
Panaskan kuali dan bubuhlah sedikit minyak dan tumislah dengan lebihan  bawang putih yang telah dipotong tadi.  Bila naik bau masukkan  sotong kita tadi. Kacau seketika. Masukkan lada sulah, bawang besar yang telah dipotong dan lada merah/hijau yang telah dipotong nipis...Kemudian masukkan sayur-sayur tersebut  dan sedikit bahan perasa(kalau mahu). Potong 4 tomato dan masukkan  ke dalamnya . Kacau sekejap dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tuesday, 27 March 2012

Ketupat sotong


Sekilo sotong segar
Secawan beras pulut
santan(cukup untuk menutupi sotong masa merebusnya nanti)..yang ini kak guna santan kotak..
2 keping gula melaka
2-3 sudu besar gula
Sedikit garam
Daun Pandan
Beberapa kuntum bunga cengkih

Caranya
1.Terlebih dahulu rendam pulut yang telah siap dibersihkan bersama dengan santan lebih kurang 10 minit.
2.Masukkan beras pulut tadi kedalam sotong   Masukkan lebih kurang separuh penuh sahaja.
3.Masukkan ke dalam periuk dan masukkan juga lebihan santan tersebut, daun pandan, bunga cengkih dan gula melaka dan sedikit garam. Apabila mula mendidih, kita masukkan gula dan dengan api yang perlahan biarkan ia sampai kuahnya agak pekat

Sunday, 25 March 2012

Kek Mangkuk Yogurt Kelapa dengan Hiasan Atas Meringue





65gm mentega
60gm gula halus
1 biji telur
20gm kelapa kering
1/2 sudu teh esen vanila
120gm yogurt
90gm tepung naik sendiri

Hiasan atas meringue
1 biji putih telur
1/2 sudu teh esen vanila
90gm gula asing
60gm kelapa kering

Untuk Kek
Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur dan pukul selama 1 minit.  Masukkan kelapa dan esen vanila.Kacau.
Masukkan yogurt dan pukul hingga sebati.  Akhir masukkan tepung yang telah diayak. Kaup dan balikkan.
isikan adunan dalam cupcake dan bakar selama 15 minit atau sehingga masak.

Untuk Hiasan meringue
Pukul putih telur hingga pekat dan berkilat.  Masukkan esen vanila dan gula.  Pukul lagi.
Akhir sekali masukkan kelapa kering.kacau sebati.

Keluar cupcake dari oven dan letakkan hiasan meringue di atasnya dan bakar semula selama 15 minit lagi atau sehingga hiasan meringue mengeras.

Kerutuk Ayam Kampung

Seekor ayam kampung
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
2 inci lengkuas
4 sudu besar rempah kari kerutuk
Sebatang serai
1 sudu besar cili giling
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga hindi
1 sudu teh lada hitam (biji)
Beberapa  kuntum  bunga cengkih
Sehelai daun pandan
Sekeping gula melaka(boleh dikurangkan)
1 sudu besar asam jawa(ini yang ada biji-bijinya kalau beli yang adabi punya kena kuranglah sedikit dan boleh juga ditukar kepada 2 keping asam gelugur)
Selabu bawang besar (dibelah dua)
2 biji kentang
Sebiji lada hijau
4 cawan santan 
2 sudu besar kerisik
Minyak untuk menumis

Ayam kampung dipotong mengikut kesukaan dan dibersihkan..
Bawang merah, putih dan halia diblender,
Panaskan minyak dan tumislah bahan blender tadi.  Apabila naik bau, masukkan cili giling dan dikacau seketika.  Masukkan pula rempah kasar seperti kulit kayu manis, pelaga hindi, lada hitam, bunga cengkih dan bunga lawang.
Masukkan rempah kari kerutuk dan masukkan sedikit air.  Kacau seketika dan masukkan juga lengkuas dan serai yang telah diketuk dan dipecah-pecahkan  Apabila kita nampak bahan-bahan ini sudah pecah minyak masuklah ayam dan sedikit air.Kacau dan tutup tudung periuk.  Kacau dan pastikan  jangan sampai hangit.(kalau nak guna periuk tekanan(kak guna) lagi bagus tapi pastikan air dimasukkan mencukupi untuk mengelak hangit).  Apabila ayam kita  sudah empuk masukkan air asam jawa, gula melaka. garam dan santan.  Bila sudah sekali mendidih masukkan ubi kentang yang telah dibelah dua dan masukkan juga lada hijau sekali.  Masukkan juga kerisik kelapa tadi.  Biarkan kuah kita pekat dan naik minyaknya.Rasalah manis masinnya dan tambahlah gula kalau mahu.  Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang telah dipotong dua dan apabila layu bolehlah diangkat kari kerutuk kita.

Thursday, 22 March 2012

Tart Telur

Bahan-bahannya

Kulit Tart
450gm tepung gandum
250gm mentega
100gm gula halus
1 biji telur
2 sudu teh air sejuk
1 sudu teh esen vanila

1.Putar mentega, gula dan esen vanila hingga kembang.  Masukkan telur dan air.  Putar lagi hingga adunan sebati dan berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan kacau rata supaya menjadi satu doh.
3. Ambil sedikit doh, tekan ditapak tangan supaya sedikit rata dan masukkan dalam acuan tart dan dipicit-picit pada keseluruhan acuan dan lebihan di atasnya ratakan dengan menggunakan belakang pisau (guna pisau yang kecil aja)
4. Bakar selama 20 minit dengan suhu 180C  sehingga masak.
5.Cara mengeluarkan kulit tart..yang panas-panas tu lagi , gunakan pengcungkil gigi yang jenis tajam tekan ditepi kulit tart dan ia akan terangkat keluar.

Inti Telur
3 biji telur
240 ml air
80gm gula
40ml susu cair
1 sudu teh esen vanila

Kacau rata semua bahan (telur dipukul dengan garfu) dalam periuk dan panaskan atas api hingga adunan menjadi pekat.

Masukkan inti telur ke dalam kulit tart dan bakar ia selama 15 minit dengan suhu 180C.



Cupcake Pisang Coklat Berwalnut

90gm mentega dicairkan dan disejukkan
2 biji telur(A)
155gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
90gm tepung naik sendiri
50gm serbuk koko
1/2 gelas susu cair
50gm walnut dicincang
1 1/2 biji pisang (100gm) dilenyek)

Telur dipukul bersama gula perang, esen vanila dan garam hingga kembang.
Dengan kelajuan sederhana masukkan mentega cair, tepung naik sendiri , pisang dan walnut cincang dan  koko.  Biar sampai rata.
Masukkan juga susu cair.  Biar sebati
Masukkan dalam bekas cupcake..jangan sampai penuh.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar ia selama 25 minit dengan suhu 190C.

Wednesday, 21 March 2012

Muffin Berwalnut

2 biji telur
225 gm tepung naik sendiri
125 gula kastor
125 ml susu segar
150 gm mentega
1/2 cawan walnut hancur
1 sudu teh vanilla
Walnut cincang


Caranya
Cairkan mentega dan selepas itu dimasukkan ke dalam susu segar yang telah bercampur dengan telur(dipukul dahulu dengan garfu),dan vanilla.  Kemudian masukkan tepung dan gula kaster dan juga walnut hancur.. Kacau hingga sebati.  Masukkan adunan dalam bekas muffin dan  tabukan walnut cincang di atasnya.(masuykkan adunan  3/4 daripada bekas mangkuk kek aja)  Bakar dengan suhu 180C selama 25 minit. (Untuk mendapatkan muffin yang baik , simpan dahulu adunan sebelum dibakar lebih kurang 1 jam)

Tuesday, 20 March 2012

Masak Lemak Kuning Kepala Ikan Merah

Kepala ikan merah dibersihkan dan dicuci dengan air asam jawa dan dibersihkan sekali lagi
6 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 inci kunyit hidup
2 batang serai
1 asudu besar cili giling
3 biji cili padi
1 keping asam gelugur
Gula dan garam
3 cawan santan
Minyak untuk menumis

Blender bawang merah, putih, halia dan kunyit dan cili padi  hingga hancur.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi.
Kemudian masukkan cili giling.
Bila naik bau masukkan juga serai yang telah diketuk.
Masukkan santan dan ikan merah dan juga asam gelugur.
Masukkan gula dan garam dan biar sampai betul-betul mendidih barulah diangkat.

Sunday, 18 March 2012

Bun Manis Bercheddar

300 gm tepung roti
80 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 sudu besar tepung susu
2 sudu besar water roux
2 sudu besar shortening
160ml air suam
1 sudu kecil esen vanila
1/2 biji telur


Water Roux
50gm tepung gandum
250ml air
masak keduanya hingga pekat dan sedikit mendidih dan sejukkan dan adunan ini dapat 8 sudu besar water roux.
caranya
1.kalau guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan on sahaja sehingga siap dan boleh ke no 4.
2. uli tangan...campurkan semua bahan tadi dan uli hingga tidak melekat ditangan(tangan masih comot pun tak apa) selepas itumasukkan doh kedalam plastik. Ramas atau golek-golekkan plastik tersebut ditempat yang rata dan buatlah dalam masa 6-8minit(sambil nonton pun tak pa).Keluarkan dan kita nampak menjadi adunan yang elastik.Ulilah semula ambil masa seminit dua.
3.masukkan dalam bekas bertutup dan simpan tempat kena cahaya selama 1 jam atau naik 2 kali ganda.selepas itu keluarkan dan ditumbuk-tumbuk.
4.Bahagi doh kepada bulatan kecil dan boleh dipelbagaikan nak letak dalam bekas cup kek(masa nak bakar kenalah masukkan bekas cup cake tu dalam petitin yang muat kertas cup cake tu)  atau letakkan dalam bekas berpetak atau bulat(tapi kena alas dengan beking paper)kalu dalam bekas adunan pastikan jangan terlalu rapat)biarkan selama 40minit hingga 1 jam.selepas itu ambil sebahagian telur tadi dicampur susu cair/segar/tepung yang dicampur sedikit iair glisskan atas roti tadi.Taburlah dengan ceddar parut dan bakar selama 20 minit dengan suhu 190C.
5.Bila masak keluarkan dari bekasnya dan biarkan sejuk seketika dan disimpan dalam bekas tertutup.

Kek Keju Nenas




Kek Span
130gm tepung kek
1 sudu kecil ovellete
4 biji telur(A)
120gm gula kastor
1 sudu teh beking powder
40ml air
60gm minyak masak
1 sudu teh esen vanila

semua bahan kecuali minyak masak, air dan esen vanila diputar hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan ketiga-tiga bahan tadi dan putar lagi hingga sebati.
Masukkan dalam bekas kek yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas minyak.(bekas kek mesti 1 inci lebih besar dari bekas kek yang kita nak guna untuk kek keju)
Bakar selama 45 minit dengan suhu 180C.

Untuk Kek keju
250gm krim keju
50gm gula kastor
20gm geletin halal (panaskan dengan 60ml air dan sejukkan)
250gm nenas kiub dalam tin (diblender dengan sedikit air dan ditapis dan kita nak guna nenasnya)
100gm nenas kiub dipotong kecil-kecil
150gm susu pekat

kek span dibelah dua lapisan dan dimasukkan ke dalam bekas kek loose tin yang lebih kecil..contoh kalau kek span 9 inci yang ini 8 inci)
Putar krim keju bersama susu dan gula hingga kembang dan berkrim.
Kemudian masukkan geletin tadi dan putar hingga sebati.
Kemudian masukkan benas kisar dan nenas potong tadi.Kacau sebati.
Masukkan kesemua adunan ini ke dalam kek span tadi dan simpan dalam peti ais selama 5 jam.

Friday, 16 March 2012

Pai Crustless

300 gm daging kisar
200gm udang dibuang kulitnya
2 batang sosej dipotong kecil
5 biji cendawan butang dipotong kecil
2 biji tomato dipotong dadu
Lada benggala dipotong dadu
1 labu bawang besar dipotong dadu
serbut lada hitam
1 sudu teh oregano
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula

bahan untuk pai
1 cawan susu segar
5 biji telur
120gm ceddar diparut

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, kemudian masukkan daging.Biar sedikit masak.
biar air daging kering.  Kemudian masukkan serbut lada hitam dan oreganu.
Masukkan tomato, lada benggala, cebdawan butang, dan masukkan garam dan sedikit gula.
Angkat dan biar seketika.

Pecahkan telur , pukul dengan garfu dan kemudian masukkan susu segar(lakukan dalam mangkuk kaca tahan panas)
Masukkan bahan yang ditumis tadi.
Susun udang dan sosej(yang telah direbus dahulu)
Tabur ceddar dan bakar selama 50 minit dengan suhu 180 C

Wednesday, 14 March 2012

Kek Oren




1 1/2 cawan tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 cawan margerin
1 cawan gula kastor
4 biji telur
2 sudu besar mentega atau boleh ganti dengan susu tepung campur sikit air
1 sudu teh vanila
Sebiji limau sunkist kulitnya  diparut dan ambil juga air buahnya.

Pukul gula dengan margerin dan mentega hingga kembang kemudian masukkan telur,  pukul lagi hingga kembang.
Masukkan parutan kulit limau, esen vanila dan air limau.  Kacau.
Masukkan pula tepung kek yang telah diayak dengan baking powder.  Kacau lagi.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas minyak.
Panaskan oven dan bakar kek selama 50 minit dengan suhu 180C.  Mula-mula guna api bawah selama 25 minit dan yang selebihnya guna api atas dan bawah sehingga masak.

Tuesday, 13 March 2012

Kek Coklat

Terima kasih kepada Alin Haslinda Ramli kerana resepi kek coklat yang mudah ini.

Bahan-bahannya
1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 sudu teh beking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur

blender telur bersama minyak,susu cair,dan gula hingga sebati.
Ayak tepung bersama serbuk koko, soda bicarbonat dan beking powder.
Masukkan dalam blender tadi dan masukkan juga esen vanila.Blender biar semuanya sebati.
Akhir sekali masukkan air panas yang mendidih.Blender biar sebati.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas minyak.
masukkan dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 50 minit dengan suhu 180 C.

Mee Kuah


1 bungkus mee kuning sekitar setengah kilo
4 ulas bawang putih
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 batang sawi
10 ekor udang
Beberapa potong daging ayam
3 ekor sotong
sekeping tauhu
Beberapa biji bebola ayam
1 biji tomato
sebiji telur
Sebiji limau nipis
Minyak untuk menumis

Ketuk bawang putih.
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih.
Kemudian masukan cili giling.Biar sampai naik bau.
Masukkan sos-sos dan masukkan juga potongan daging.  Kacau seketika.
Masukkan air (kira-kira sesuai dengan mee tersebut.)
Biar sampai mendidih.  Kemudian masukkan udang dan sotong yang telah dipotong kecil..
masukkan tauhu yang telah dipotong kecil.  Masukkan juga bebola ayam.
Masukkan gula dan garam dan perah limau nipis. Masukkan juga sebiji telur.  Biar telur masak.
Masukkan sayur, tomato dan mee yang telah dibasuh dengan air panas
Tutup api dan sedia untuk dimakan.

Monday, 12 March 2012

Tapai Pulut


Sekilo pulut (dibersihkan dan direndam semalaman)
1 gelas air biasa
1 biji ragi
Daun getah atau guna mangkuk plastik kecil

Tos pulut dan kukus sehingga masak.
Angkat dari dapur dan masukkan air dan kacau biar rata pastikan pulut kena pada air tersebut.
kukus semula sehingga naik wap dan matikan api.
Ratakan pulut dan biarkan sehingga betul-betul sejuk.
Dengan menggunakan penapis teh tabur ragi(biar ragi menjadi hancur dulu) keseluruh permukaan atas pulut dan terbalik pulut dengan menggunakan sudu dan tabur semula (biar kena keseluruhan atas dan bawah)
Menggunakan sudu  masukkan pulut dalam daun (yang telah dibersihkan dan daun tersebut sudah kering).  Bungkus menbgikut cara masing-masing.
(pastikan semua peralatan kering dan bersih)
Simpan dalam bekas periuk besar yang ditutup tudungnya selama satu hari satu malam tapi yang lebih sedap bila genap tempuh dua hari.



Sunday, 11 March 2012

Capati

350 gm tepung attar/capati
190ml air panas
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar margerin
1/2 biji telur

Kalau guna bread maker masukkan semua bahan dan tekan menu menguli selama 14 minit.
kalau guna tangan campurkan semua bahan kecuali air panas..campurkan biar sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai menjadi satu doh yang tidak melekat ditangan.
Simpan adunan tadi dalam bekas yang ditutup dengan kain basah atau plastik pembalut selama 1 jam.
Bulatkan doh menjadi ketulan yang kecil .
taburkan sedikit tepung atas papan pencanai dan canailah setiap satu menjadi bulatan yang nipis.
Goreng capati dalam kuali tanpa menggunakan minyak tekan capati kita dengan kain yang telah dibalut dengan tepung gandum.
Biar sampai masak dan sedikit garing.
\Bolah dihidang bersama kuah kari.

Saturday, 10 March 2012

Kek Carrot Berkeju

4 biji telur..asingkan
200gm gula perang
1 cawan minyak jagung
50gm gula kastor
1 1/2 cawan carrot parut
1 sudu teh esen vanilla
50gm walnut cincang
50gm kismis

Bahan-bahan yang diayak bersama
250gm tepung kek
1/2 sudu teh soda bikarbonat1 1/2 sudu teh beking powder
1/2 sudu teh garam

Kuning telur diputar bersama gula perang hingga kembang.
Dengan menggunakan senduk, masukkan minyak jagung, carrot dan esen vanilla.  Kacau biar rata.
Masukkan bahan yang diayak tadi.
Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.

Putih telur diputar hingga kembang dan beku.  Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat..

Masukkan adunan putih telur kedalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati
glis tin pembakar dan alas dengan kertas minyak dan bakarlah kek kita selama 1 jam dengan suhu 160 C

Topping/asing keju
120gm butter
250gm krim keju
120gm gula ising

Putar semua bahan hingga kembang dan simpan seketika dalam peti sejuk.

Kek carrot yang telah sejuk bolehlah disapu dengan asing keju mengikut cara masing-masing.


Friday, 9 March 2012

Dori Goreng Tempura

Ikan Dori(boleh beli kat pasaraya seperti Mydin atau Tesco atau mana-mana tempat yang ada jual ikan dori ini...)
seulas bawang putih
sedikit garam
tepung tempura
putih telur
lada sulah

Ikan dori dibiarkan cair dan dibasuh dengan cuka dan dibersihkan
Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan sedikit garam dan dilumur pada ikan dori tersebut.
lumurkan juga dengan sedikit lada sulah.
Tepung tempura dicampur dengan putih telur dan sedikit lada sulah dan dicampur dengan air..jangan cair atau juga pekat sangat.
Masukkan ikan dori dan celup seperti buat pisang goreng dan digoreng dalam minyak yang panas.
Angkat bila kekuningan.

untuk sosnya
Setengah labu bawang besar (dipotong dadu)
Setengah biji tomato (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (ambil airnya)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sambal belacan..kalau tiada... cili api dipotong bulat kecil2
sedikit air masak
gula dan garam

Campur kesemua bahan untuk sos dan rasalah masam, manis dan masinnya.

Wednesday, 7 March 2012

Bihun Goreng



Setengah bungkus bihun
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 biji cili api
2 sudu sos tiram
1 sudu besar cili giling
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Sekeping tauhu (dipotong )
2 keping fish cake(dipotong)
beberapa ekor udang
1 biji cili merah (dipotong kecil)
Sebiji buah tomato(dibelah 4)
Sebiji telur
2 sudu besar bawang goreng
Sedikit sayur sawi
Sedikit cuka
Lada sulah
Gula dan sedikit garam
Minyak dan air

Behun direndam dan biarkan ia lembut sebelum boleh digoreng.
Bawang putih dan bawang merah ditumbuk.
Panaskan minyak dan tumislah bahan tumbuk tadi bersama cili api yang telah dipotong kecil.
Masukkan sedikit (dua tiga titik aja) cuka.  Biarkan naik bau.
masukkan cili giling dan biar naik bau.
Pecahkan telur dan kacau(masa ni ketepikan sedikit bawang yang ditumis tadi sebab kita tak mahu ia bercampur dengan telur tersebut)  apabila telur nampak berketul-ketul masaknya kacau sekali dengan bawang tadi,
masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kacau seketika.
Masukkan secawan air dan masukkan gula dan garam.
Masukkan udang, tauhu dan fish cake dan masukkan juga lada sulah.  Kacau biar sehingga hampir mendidih.
Masukkan sayur, cili merah dan juga bihun.
Kacaulah sehingga bihun masak dan airnya sudah kering
Kacau  dan masukkan juga bawang goreng.
Biarkan semuanya sebati dan bolehlah diangkat.

Tuesday, 6 March 2012

Nasi Minyak

3 cawan beras
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
setangkai daun kari
3 sudu besar vanaspati atau margerin(kalau nak campur dengan minyak sapi pun okey)
kissmis
Gula dan garam
1 cawan susu cair
2 cawan air atau lebihkan 1/2 cawan kalau beras siam

Blender bawang merah, putih dan halia.
Tumis menggunakan margerin vanaspati bahan blender tadi.
Bila naik wangi masukkan daun kari dan daun pandan.
Masukkan juga kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan juga beras yang telah dibersihkan dan telah ditoskan.  goreng dan kacau seketika.
Angkat dan masukkan dalam periuk elektrik dan masukkan susu cair, air , gula dan garam.
Bila masak taburlah kismis.

Sedap di makan bersama ayam chetti, dalca campur. kari daging dean acar.

Sunday, 4 March 2012

Dorayaki



100 gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
60 gm gula kastor
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak masak
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Ayak tepung dengan soda bikabonat.
Putar telur bersama gula hingga kembang.
Kemudian masukkan minyak masak, madu dan esen vanila, kacau dengan senduk.
Kemudian masukkan tepung tadi.Kacau lagi.


Panaskan kuali tanpa minyak..sapukan sedikit minyak dan guna senduk kecil sendukkan kuih kita kecil-kecil.  Bila masak terbalikkan dan biarlah bahagian bawahnya masak juga.
Boleh dimakan begitu saja atau sapu dengan jem, madu atau letak inti kacang merah.

Saturday, 3 March 2012

Ayam Chetti


7 ketul ayam yang siap dipotong dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar rempah kari chetti atau jika tiada guna rempah kerutuk
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Setangkai daun kari
gula dan garam
Air

Ayam yam telah diperap digoreng hingga masak dan ketepikan
Blender bawang merah, putih dan halia.
Tumis bahan blender.  Bila naik maik minyak masukkan daun kari dan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
kemudian masukkan rempah kari chetti
Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap.
Tambah air supaya tidak terlalu pekat.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Rasalah masin dan manisnya.

Friday, 2 March 2012

Salad telur

4 biji telur rebus..dibelah ikut suka hati
2 biji tomato
Hirisan timun
Daun salad

untuk sosnya
Setengah labu bawang besar (dipotong dadu)
Setengah biji tomato (dipotong dadu)
1 biji limau nipis (ambil airnya)
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu kecil sambal belacan..kalau tiada... cili api dipotong bulat kecil2
sedikit air masak
gula dan garam

Campur kesemua bahan untuk sos dan rasalah masam, manis dan masinnya.

Thursday, 1 March 2012

Nasi Komok

3 cawan beras
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh lada hitam (yang biji)
3 biji tomato
Sebatang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sehelai daun pandan
7 ketul ayam
Air..bila dicampur dengan bahan tumis kecuali ayam sebanyak 3 cawan (kalau beras siam lebihkan 1/2 atau 1 cawan)
Minyak untuk menumis


Caranya
Bawang merah, putih,halia dan tomato diblender.
Panaskan minyak dan tumis bahan blender tadi dan masukkan juga serbuk jintan manis, putih, kulit kayu manis, bunga lawang ,buah pelaga, dan lada hitam tadi.
Masukkan juga daun pandan.  Bila naik bau masukkan ayam, gula dan garam.  Kacau seketika dan kelihatan ayam hampir masak bolehlah matikan api gas kita.
(pastikan ayam kita ada rasa manis dan masinnya)
Basuh beras dan ditoskan.  Masukkan dalam periuk nasi dan masukkan bahan tumis tadi bersama dengan ayam tadi.  Pastikan kita sukat bahan tumis(kecuali ayam) bercampur air sebanyak mana sukatan beras...kalau bveras siam lebihkan 1 cawan.

Untuk hidangan bolehlah dimakan dengan sup ayam dan sambal lada seperti nasi ayam dan juga daun salad , tomato dan timun,