translate

Sunday, 22 January 2012

Ayam Masak Merah




Ayam Masak Merah

Setengah ekor ayam dipotong dan dibersihkan dan diperap dengan seulas bawang putih, halia dan kunyit(ditumbuk),garam dan sedikit cuka
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap manis
Sedikit air asam jawa
Selabu bawang besar
Gula dan garam
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis dan menggoreng.

Ayam digoreng biar masak dan ketepikan.
Bawang merah, putih dan halia diblender
Gunalah lebihan minyak menggoreng ayam tadi (kalau banyak keluarlah sedikit)
Tumislah bahan blender tadi dan bila pecah minyak masukkan cili giling dan kacaulah seketika.  Bila naik bau masuklah sos tomato. cili dan sos tiram dan kicap manis. (kalau pekat sangat masukkan sedikit air)  Masukkan juga belacan dan sedikit air asam jawa (kalau tak suka masam tak perlu masukkan kerana sos-sos tadi ada rasa masamnya)   Masuklah ayam yang telah digoreng tadi. Kacau biar rata dan rasalah manis masinnya.  Tambah gula garam mengikut rasa tadi.  Masukkan bawang besar yang telah dipotong nipis dan bila bawang sudah layu bolehlah diangkat ayam kita ini.

2 comments:

  1. assalam Kak Yah...salam kenal
    sedap tgk ayam masak merah kak Yah ni...
    boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. w.salam...terima kasih..cubalah buat..makan air tangan sendiri ni lebih berkat dan terjamin dalam semua hal..

    ReplyDelete