250 gm tepung roti
140ml air suam
1 1/2 sk mauripan
1 sk gula
1/2sk garam
1sb marjerin
oregano
topping(apa-apa pun yang bersesuaian)
1.Masukkan semua bahan dankalu guna BM tekan butang menu Dough dan tunggu siap dan boleh ke 4
2.Kalu uli tangan masukkan semua bahan dan uli hingga tidak melekat di tangan dan masukkan dalam plastik dan golek2kan ia selama 5 - 8 minit.Keluarkan dan uli seketika.
3Masukkan dalam bekas bertutup dan biarkan selama 1 jam. Apa bila kembang tumbuk adunan untuk mengeluarkan angin,
4.Jadikan adunan kepada dua bahagian yang lebih kecil. Canailah adunan tersebut dan diletakan dalam dulang pizza atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Biarkan seketika selama 40 minit.
5.Cucuk dasarnya dengan garfu untuk mengelakkan pizza mengelembung bila dibakar. dan topping dengan sos tomato campur chili (atau sos yang siap..prego), ketulan ayam dan udang yang telah digoreng dengan bawang putih bercampur sedikit oregano,nenas, lada benggala, potongan sosej yang telah direbus,bawang besar yang telah dipotong dadu dan lapisan atas taburkan dengan parutan mozarela.Bakar selama 20 minit dangan suhu 200C dan bila masak taburkan potong dengan pisau pizza dan taburlah dengan keju permessan.
(kalau nak letak krim keju hanya bulat-bulatkan krim keju dan letak di atasnya, begitu juga dengan meat ball)
Sedapnya kak pizza tu
ReplyDeleteterima kasih...memanglah berbaloi apabila kita buat sendiri..anak-anak suka dan yang penting lebih menjimatkan..kalau kak..buat dua adunan dapat empat biji kalau kat pizza hut dah berapa duit kita habisss...
ReplyDeleteKak Yah,nk tya...kalau kita nak isi bulat2 crwam cheese tu sebelum bakar atau selepas...
ReplyDeletemaaf baru baca..letak sebelum bakar..
Delete