translate
Monday, 16 January 2012
Sayur Goreng Bersama Udang Dan Sotong
7 - 10 ekor udang
3 ekor sotong
4 ulas bawang putih
Kobis panjang
1 biji cili merah atau cili hijau
1/2 labu bawang besarKuntit atau serbuk kunyit
1/2 sudu teh cuka
Garam dan bahan perasa
Lada sulah
Caranya
Udang dibuang kulitnya (biarkan ekornya) dan sotong dipotong bulat-bulat. Bersihkan.
2 ulas bawang putih ditumbuk dengan sedikit kunyit dan dicampur dengan sedikit garam dan cuka.
Lumurkan pada udang dan sotong kita tadi.
Panaskan kuali dan bubuhlah sedikit minyak dan tumislah dengan lebihan bawang putih yang telah dipotong tadi. Bila naik bau masukkan udang dan sotong kita tadi. Kacau seketika. Masukkan lada sulah, bawang besar yang telah dipotong dan lada merah/hijau yang telah dipotong nipis...Kemudian masukkan sayur dan sedikit bahan perasa(kalau mahu). Kacau sekejap dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmm sedap nih, masak nya pun mudah.
ReplyDeleteBila tiba hari-hari yang sibuk..tugas di dapur tidak boleh diabaikan dan anak dan suami harus disajikan dengan masakan yang berkhasiat.
ReplyDelete